TMJ: Pemain ‘senior’ Harimau Malaya ‘besar kepala’..! Siapa Yang Dimaksudkan Oleh TMJ Itu..?

Sharing is caring!

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang “besar kepala” dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.

Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata mentaliti pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

Loading...

“Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.

“Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.

“Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat 8 atau 9 pemain senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang. Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ke-3 sesi 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Berikutan itu, baginda berkata tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe adalah mengubah mentaliti pemain yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Cheng Hoe, Tunku Ismail berkata jurulatih berkenaan diberikan kebebasan dalam mengendalikan pasukan kebangsaan.

Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Khamis lepas, selepas Vingada melepaskan “kerusi panas” itu setelah mengadakan perbincangan bersama TMJ, dengan alasan mahu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.

Loading...

Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama 6 bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan, apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan 6 kekalahan, termasuk 2 kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.

Selain Vingada, 2 pembantunya – Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa, turut melepaskan jawatan masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.

Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016.

Sumber : FMT

SESI BERSAMA TMJ : LEKIR DICABAR HADIR

CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad dicabar untuk menghadiri sesi bertemu penyokong bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 9 Disember 2017 jam 2.30 petang.

Sebelum ini ketika perlawanan Hong Kong menentang Malaysia, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia.

Mereka menempiaskannya kepada FAM dengan chant FAM Bangsat yang bergema di Stadium Hong Kong. TMJ mendengar chant tersebut dan baginda tidak ambil hati.

MENGAPA Capo Ultras Malaya, Lekir Haji Ahmad tidak menghadirkan diri ke program bersama Presiden FAM yang baru sahaja berlansung tadi di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Bukankah tindak tanduk Lekir dan Ultras Malaya dilihat begitu lantang mengkritik pentadbiran FAM sebelum ini. Bila diwujudkan program bersama penyokong, inilah platform terbaik untuk Lekir hadir dan seterusnya menyatakan apa yang terbuku di hati.

Sebaliknya capo Ultras Malaya itu memilih untuk terus berdiam diri tanpa memberi sebarang respon. Jadi dari sudut manakah yang sebenarnya Lekir dan rakan-rakan sedang membantu FAM untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara..?

Sharing is caring!

Loading...