Curiga Keadaan Rumah Selalu Bersepah, Suami Pasang CCTV dan Terkejut Melihat Apa Yang Berlaku!!

Sharing is caring!

Dari mula berperanan sebagai ibu rumah tangga seorang wanita harus bertanggung jawab dalam banyak hal di setiap harinya, yang kelihatan mudah namun sedikit rumit. Bagi semua ibu pasti ingin mempunyai seseorang yang boleh membantunya. Tapi kalau seseorang yang membantu sang ibu itu anak bayi sendiri bagaimana? Yang ada malah menjadi tambah ribut bukan?

Di channel YouTube “Story of This Life” Ini adalah koleksi Kehidupan sang ibu, yakin pasti ramai mama-mama muda mengalami pengalaman yang sama seperti mama ini.

Lasak si kecik ni…

Macam mana nak setel ni? Lepas satu, satu yang dah kemas dikeluarkan lagi..hehee

Pada masa Ester Anderson mengemas rumah, anak perempuannya juga tak ketinggalan membantu mamanya. Tapi jangan salah paham,dia bukan membersihkan melainkan mengotorkan, alhasil Ester sibuknya tak karuan.

Yang sudah di simpan, dikeluarkan lagi

Kaca yang sudah dilap, dikotorkan lagi

ehehe…macam macam ragam

 

Banyak ayah mula saat melihat rumahnya berantakan sebaik pulang kerja, mereka berfikir apalah yang isteri saya lakukan dirumah setiap hari? Bukannya jaga anak dan kemas kemas rumah?

Memang ya ibu rumah tangga itu tugasnya menjaga kebersihan dan keselesaan rumah. Tapi sang suami tak pernah tau di balik kesibukan sang isteri hancur. Hanya gara-gara hal-hal kecil yang di alami isteri setiap hari di rumah. Mereka perlu mengulangi semua pekerjaannya secara berulang-ulang hanya kerana ulang si kecil ini.

Boleh dilihat videonya juga!

Bagaimana para mama muda? Pernah mengalami ini juga?


Tips Cara Mendidik Anak Kecil & Kurang Marah
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

tips cara mendidik anak dengan lembah lembut

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

Tips cara mendidik anak lagi…

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka seperti anda juga, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.

Cara Mendidik Anak Dgn Rotan
Tips Cara Mendidik Anak Kecil Dgn Rotan
Islam membenarkan merotan dalam mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran. Dan merotan hanya selepas anak berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda kenapa mereka dirotan.

Semoga artikel tips cara mendidik anak kecil ini membantu anda hidup lebih bahagia bersama anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya.

Sumber: bomb

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Sharing is caring!