Semasa Sedang Memandu, Suamiku Tiba-Tiba Hentikan Kereta Dan Menyuruh Aku Pulang Dulu. Pelik!! Tapi Dari Jauh Aku Perhatikan Apa yang Dilakukannya, Terus Air Mata ku Mengalir..

Sharing is caring!

Biasanya begitu banyak perkara kecil yang kita lakukan sehari-hari yang bahkan mungkin menurut orang ramai, itu bukanlah perkara yang penting.Namun seringkali hal yang dianggap tidak penting itu menyentuh hati sebahagian orang, termasuk Tara Carter.

Pada hari Isnin, ia dan suaminya (Chris) sedang jalan pulang setelah membeli-belah keperluan harian di kedai berhampiran rumah. Pada masa itu adalah petang hari yang begitu cerah. Masa di perjalanan pulang, mereka berbual dan bergurau tentang banyak hal, sehingga perjalanan pulang pun terasa begitu menyenangkan.

Namun tiba-tiba Chris menghentikan kereta dan dengan tergesa-gesa ia berkata, “Bawa pulang barang-barang terlebih dahulum kemudian kamu boleh kembali lagi untuk menjemput saya di sini.” Setelah itu, ia langsung turun dari kereta.

Apabila mendengarnya berkata demikian, Tara sempat kaget, apakah ada hal yang dilupakannya atau apakah ada sesuatu yang harus dilakukannya. Namun, kerana percaya pada suaminya, maka ia pun tidak banyak bertanya.

Pada masa bersiap-siap untuk memandu pulang, sekilas Tara melihat suaminya berjalan ke arah seorang kakek tua yang sedang memotong rumput. Setelah berbicara gak lama dengan lelaki itu, Chris pun mula membantu lelaki itu untuk memotong rumput. Tara pun begitu tersentuh dengan apa yang dilihat matanya itu.

Tara mengakui bahawa sifat suaminya yang satu inilah yang menjadi alasan utamanya memutuskan untuk menjadi isteri Chris. Chris adalah seorang yang jujur, baik hati dan mempunyai hati yang lemah lembut. Dan ini jugalah yang ingin mereka ajarkan kepada anak mereka.

Tara berkongsi ceritanya ini di akaun media sosialnya. Dalam sebuah keluarga, sekurang-kurangnya mesti ada 1 atau 2 perkara setiap harinya yang dapat membuatmu bahagia dan hari itu juga, Tara kembali jatuh cinta sekali lagi kepada suaminya.

Pastinya dunia ini memerlukan lebih banyak lagi orang yang seperti Chris yang boleh mengubahkan dunia ini menjadi lebih baik lagi dengan sikap yang saling menolong, bukannya saling egois.

Semoga artikel ini bermanfaat ya, sahabat Cerpen! Dishare yuk!

Sumber: hefty

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Sharing is caring!