TAK SANGKA RUPA2NYA ANAK ZARINA ZAINUDIN NIKAH DENGAN PEWARIS SULTAN PERAK..

Sharing is caring!

Sepertimana yang kita tahu, Zarina Zainudin berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan ketika itu usia Zarina 22 tahun.Seperti yang kita sedia maklum, Zarina merupakan isteri kedua kepada Abdul Raihan dan madunya bernama Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor.

 

Salah seorang anak tirinya bernama Siti Naqiah telah selamat melahirkan anak sulung dan merupakan cucu pertama bagi suaminya. Siti Naqiah berkahwin dengan Raja Dini iaitu pewaris dari Sultan Idris kerabat diraja Perak.

 

Melawat cucu, anak tiri saya Siti Naqiah dan suaminya Raja Dini dah dapat anak yang pertama. Cucu pertama suamiku Dato Sri dan Datin Sri. Saya pun tumpang gembira dan bersyukur dapat jadi nenek dah jadi opah lola. Welcome to the world Raja Ezra anak cucu pertama Raja Dini pewaris dari Sultan Idris kerabat diraja Perak. Semuga menjadi anak yang soleh.

 

 

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

 

Sumber IG Zarina Zainuddin ,hangat.com

Imbas Kembali : 

Akhirnya setelah sekian lama, Pancaindera semalam telah pun mengeluarkan gambar wajah suami dan madu kepada pelakon Zarina Zainuddin. Pelakon jelita ini telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada usia 22 tahun sebagai isteri kedua. Madunya ialah Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor. Pendedahan ini telah dilakukan selepas majlis kenduri doa selamat di kediaman Zarian Zainuddin di Subang Jaya, Selangor.

suami zarina zainuddin

Menariknya, ketika mahu berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan, Zarina Zainuddin sendiri  yang telah pergi meminta kebenaran daripada isteri pertama beliau. Kata Zarina:-

Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhashimah pada peringkat awal dulu. Apabila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.

Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua.Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga.

gambar suami zarina zainuddin
Semoga dengan pendedahan ini, tiada lagi fitnah, desas-desus dan juga khabar angin yang melanda Zarina Zainuddin. Semoga berbahagia ke akhir di samping suami dan anak-anak tercinta. Sama-samalah kita doakan. Amin.

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Sharing is caring!